dapur eidyun

antara sedap & ikhlas, mana yang anda akan pilih?

Friday, December 28, 2007

Puding Kek Gulung

Bahan-bahan:
1 paket (30 gram) agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung secubit garam
1 camca teh asen vanilla

Cara Membuat:
1. Potong kek gulung. Susun ke dalam bekas (saya guna mangkuk kaca) sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi bekas. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi.
2. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur.
3. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih.
4. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan asen Vanilla.
6. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat.
7. Curahkan agar-agar tadi ke dalam bekas yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.





















1. Letakkan dalam mangkuk




















2. Pandangan atas

















3. Pandangan sisi


















4. Pandangan bawah selepas ditelangkup dari mangkuk ke pinggan..hehe

















5. Lepas potong...


















6. Sedia dimakan!

Saturday, January 06, 2007

Daging Masak Lada Hitam

(Sumber: CT)

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut (jika mahu)
Garam @ serbuk perasa
Minyak
Limau nipis

Cara membuatnya:
1. Perap daging dengan bawang putih, lada hitam dan minyak bijan selama 5 hingga 10 minit.
2. Panaskan minyak. Goreng daging yang telah diperap tadi sehingga empuk.
3. Masukkan kicap cair dan sos tiram.
4. Masukkan daun limat purut.
5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
6. Semasa menghidangkannya, perah air limau nipis.

Begedil
























(Kualiti gambar kurang memuaskan)

Percubaan pertama membuat begedil...hehe.

Friday, January 05, 2007

Kek Tiramisu





















Ini percubaan pertama saya membuat tiramisu...banyak kekurangan tapi rasanya boleh tahan...hehe.

Wednesday, January 03, 2007

Nasi Jamaica Ayam Kismis

(Rujukan: Majalah Mingguan Wanita; Bil: 1206)










Bahan untuk nasi:

3 cawan beras

½ cawan marjerin

3 ½ cawan air

½ cawan susu

1 biji bawang besar dimayang

1 labu bawang putih dhiris

1 inci halia dihiris

2 sudu besar rempah kari

1 biji tomato dikisar

Cara buat nasi:

  1. Panaskan marjerin, tumis bawang, halia dan rempah kari
  2. Selepas naik bau dan mendidih, masukkan semua bahan-bahan lain bersama garam.
  3. Tunggu sehingga masak.











Bhn utk ayam kismis:

6 ketul ayam

3 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tomato

1 labu bawang besar dimayang

2 ulas bawang putih

1 inci halia dihiris

½ cawan kismis

Minyak untuk menumis

Garam

Gula

Serbuk perasa

Cara membuat ayam kismis:

  1. Ayam digoreng terlebih dahulu
  2. Tumis bawang, halia dan cili kisar. Masukkan sos, kismis dan bahan-bahan lain.
  3. Kacau sebati, masukkan ayam dan biar seketika lebih kurang 2 minit.
Saya juga menyediakan daging kismis dan acar timun untuk dimakan bersama-sama dengan nasi jamaica ini. Daging juga digoreng terlebih dahulu; daging ini diperap beberapa ketika dengan bawang putih, halia dan serai sebelum digoreng.


Thursday, October 19, 2006

Biskut Cornflakes













Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum - ayak
3/4 cawan tepung jagung - ayak
2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 cawan cornflakes - diramas kasar
1 camca teh esen vanila
1/2 camca teh baking powder
1 cawan nestum

Cara Membuatnya:

  1. Pukul telur dan marjerin sehingga kembang (bahan A).
  2. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder (bahan B).
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam bahan A, gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan cornflakes & nestum, gaul sebati.
  6. Amik sedikit adunan dengan sudu, bentukkan bulat-bulat di atas loyang yang telah dileser dengan sedikit marjerin atau ditabur dengan sedikit tepung jagung.
  7. Bakar selama 15-20 minit sehingga masak kekuningan.

Kek Coklat Moist














(
Sumber: my friend, Pie)

Bahan A:

2 cawan tepung gandum -ayak
5 biji telur
250 g @ 1 buku buttercup (atau boleh gunakan 1 1/2 cawan minyak mazola)
1 camca teh baking powder -ayak
1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanila
hiasan: chocolate rice & kepingan badam (atau boleh ditukar dengan hiasan lain mengikut kesukaan)

Bahan B:
1 cawan serbuk koko Van Houten
2 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan untuk Topping:
1/2 cawan serbuk koko Van Houten
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan buttercup

Cara membuatnya:

  1. Semua bahan B dipanaskan di atas api yang perlahan sehingga kesemuanya cair dan sebati. Sejukkan & simpan di dalam peti sejuk selama semalaman. Keesokannya, keluarkan dari peti & sejukkan ke suhu bilik.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali (untuk mendapatkan kek yg baik) - adunan I.
  3. Pukul buttercup & gula hingga kembang. Masukkan esen vanila (adunan II).
  4. Pukul telur hingga kembang.
  5. Campurkan adunan I dengan II, berselang seli, sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan bahan B. Gaul sebati.
  7. Leserkan loyang dengan marjerin @ minyak. Masukkan adunan tadi ke dalamnya.
  8. Panaskan oven, bakar selama 1 jam.
  9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  10. Sapukan topping di atas dan di sekeliling kek itu. Hiaskan dengan chocolate rice & kepingan badam.
  11. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  12. Potong dan apalagi...makan laa...hehehe.

Penyediaan Topping:

Satukan kesemua bahan & panaskan di atas api yang perlahan sehingga sebati. Sejukkan sebelum disapu di atas kek.